Wednesday, October 13, 2010

MERAIKAN TETAMU ALLAH

Insyallah satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil bagi meraikan sahabat kita  EN AHMAD LATIFI dan ISTERI yang akan menjadi TETAMU ALLAH akan diadakan pada ketentuan berikut :

TARIKH : 14 hb Oktober 2010(Khamis malam Jumaat)

MASA    : 8.30 malam

TEMPAT : No 36 Jalan 3/5 Taman Saujana Bukit Katil


Sehubungan dengan itu , semua ahli-ahli persatuan adalah dijemput hadir bagi meraikan beliau dan isteri.

Friday, October 8, 2010

AKTIVITI MINGGU INI

MAJLIS MARHABAN DAN MERAIKAN MAJLIS PERNIKAHAN PUTRI TN HJ YUSOF AMAN

TARIKH : 9 HB OKTOBER 2010

MASA    : 7.45 MALAM

ALAMAT : NO 8514 , JALAN BARU PERMATANG PASIR , ALAI , MELAKA

SEMUA AJK DAN AHLI PERSATUAN ADALAH DIJEMPUT HADIR 

Friday, October 1, 2010

AKTIVITI MARHABAN AIDIL FITRI 1431 H

Insyallah aktiviti MARHABAN kita akan bermula seperti jadual berikut :

TARIKH : 02 HB OKTOBER 2010 BERSAMAAN 23 SYAWAL 1431 H

MASA    : 8.00 MLM

TEMPAT : RUMAH PN HJH ROHANA SULOR
                  NO 1 LORONG 3 TU 4
                  TAMAN TASEK UTAMA
                  AYER KEROH
                  MELAKA

MASA    : 9.30 MLM

TEMPAT : RUMAH EN ABD HALIM SAID
                  KM 16 , KM TEHEL SOLOK SEROMPONG
                  BEMBAN , JASIN MELAKA

TARIKH : 03 HB OKTOBER 2010 BERSAMAAN 24 SYAWAL 1431 H

MASA    : 8.00 MLM


TEMPAT : RUMAH TN HJ MAHMUD SALLEH
                  PAYA DALAM AYER MOLEK MELAKA


MASA    : 9.30 MLM

TEMPAT  : RUMAH TN HJ YASIM MUSA
                   PAYA DALAM AYER MOLEK MELAKA


Kepada semua ahli diharap dapat bersama-sama menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini. Bawa sekali ahli keluarga untuk memeriahkan lagi majlis ini nanti.


JANGAN TAK DATANG TAU !!

Wednesday, September 8, 2010

SALAM LEBARAN

BAGI PIHAK SEMUA AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN KAMI UCAPKAN

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR BATIN

KEPADA SEMUA BEKAS PEKERJA-PEKERJA TELEKOM WALAU  DIMANA MEREKA BERADA KHUSUSNYA KEPADA AHLI-AHLI PERSATUAN DI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH


DOA DAN HARAPAN DARIPADA KAMI MUGA TUAN/PUAN SEMUA TABAH MENGHADAPI APA JUA CABARAN DAN RINTANGAN SETELAH BERSTATUS BEKAS ANGGOTA TELEKOM DI HARI YANG MULIA INI

MARHABBAN @ AIDIL FITRI 1431 H

Sempena kehadiran Aidil Fitri 1431 H ini , bagi merapatkan lagi silaraturahim di kalangan ahli-ahli persatuan dan membudayakan aktiviti kunjung mengunjung disamping bermaaf-maafan ,aktiviti Marhabban akan diadakan bermula selepas minggu kedua kita meraikan aidl fitri pada tahun ini. Untuk makluman , pihak sekretariat telahpun menghantar surat-surat tawaran kepada semua ahli yang berminat untuk menjemput dan menerima kumpulan marhabban untuk hadir kerumah masing-masing bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya pada kali ini.
Kepada sesiapa yang berminat sila kembalikan surat jawapan atau sms sahaja kepada setiausaha persatuan En Amran Kasim di talian 013-6317101 bagi tindakan lanjut dengan kadar yang segera.
  
SELAMAT HARI RAYA AIDL FITRI 1431 H 
MAAF ZAHIR BATIN

Kita jumpa di program MARHABBAN nanti insyallah.

AKTIVITI - AKTIVITI YANG PERNAH DIANJURKAN

1. SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MERAIKAN BAKAL BAKAL HAJI DI KING HOTEL MELAKA - 2008.

2. SAMBUTAN HARI RAYA DI RESTORAN TOMYAM BUKIT KATIL MELAKA - 2009

3. MELAWAT AHLI-AHLI YANG KEUZURAN

4. MELAKUKAN LAWATAN DAN KUNJUNGAN HORMAT KE TELEKOM MALAYSIA MELAKA - 2009

Wednesday, August 18, 2010

KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA

Pertama-tamanya syukur saya kehadrat ALLAH SWT , selawat dan salam keatas Penghulu Besar kita NABI MUHAMMAD SAW kerana dengan keizinNya maka blog persatuan kita ini dapat diujudkan. Keujudannya di bulan Ramadhan Al Mubarak ini memberikan satu kekuatan kepada saya dan seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan untuk terus menggerakan persatuan yang kita tubuhkan semata-mata untuk memberikan peluang kepada semua bekas anggota Telekom Malaysia (TM) Negeri Melaka yang telah bersara samada secara wajib atau secara sukarela (VSS) suatu medan untuk terus menjalinkan silaraturahim dan berkongsi apa jua perkara yang arah tujuannya boleh bantu membantu sesama kita samada dalam bentuk kegiatan ekonomi , kebajikan dan sosial.
Dengan wujudnya blog ini maka ianya diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua ahli persatuan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang persatuan dan juga aktiviti-aktiviti yang dirancang dari masa kesemasa. Melalui blog ini juga diharap , ahli-ahli persatuan dapat menyalurkan segala bentuk info untuk dikongsikan bersama.
Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini , ingin saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua ahli-ahli persatuan dan bakal ahli persatuan dengan doa dan harapan semuga ibadah puasa kita semua pada tahun ini lebih hebat dan mantap pengisiannya dan diterima oleh ALLAH SWT sebagai amalan yang ikhlas daripada seorang hambanya yang soleh dan solehah.




Salam hormat


ABD HALIM SAID
Yang Dipertua