Wednesday, August 18, 2010

KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA

Pertama-tamanya syukur saya kehadrat ALLAH SWT , selawat dan salam keatas Penghulu Besar kita NABI MUHAMMAD SAW kerana dengan keizinNya maka blog persatuan kita ini dapat diujudkan. Keujudannya di bulan Ramadhan Al Mubarak ini memberikan satu kekuatan kepada saya dan seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan untuk terus menggerakan persatuan yang kita tubuhkan semata-mata untuk memberikan peluang kepada semua bekas anggota Telekom Malaysia (TM) Negeri Melaka yang telah bersara samada secara wajib atau secara sukarela (VSS) suatu medan untuk terus menjalinkan silaraturahim dan berkongsi apa jua perkara yang arah tujuannya boleh bantu membantu sesama kita samada dalam bentuk kegiatan ekonomi , kebajikan dan sosial.
Dengan wujudnya blog ini maka ianya diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua ahli persatuan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang persatuan dan juga aktiviti-aktiviti yang dirancang dari masa kesemasa. Melalui blog ini juga diharap , ahli-ahli persatuan dapat menyalurkan segala bentuk info untuk dikongsikan bersama.
Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini , ingin saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua ahli-ahli persatuan dan bakal ahli persatuan dengan doa dan harapan semuga ibadah puasa kita semua pada tahun ini lebih hebat dan mantap pengisiannya dan diterima oleh ALLAH SWT sebagai amalan yang ikhlas daripada seorang hambanya yang soleh dan solehah.




Salam hormat


ABD HALIM SAID
Yang Dipertua

1 comment:

  1. Sekarang ni Persatuan ni masih berfungsi lagi atau tidak..nak tahu gak perkembangan nya...saya pun bekas TM juga tapi dari Johor

    ReplyDelete